Friday, August 27, 2010

Hujan Cinta 1

Hujan Cinta


Tengku Johan termenung memandang jauh ke luar banggunan. Dia masih ragu-ragu dengan keputusannya untuk mencari seorang pembantu peribadi bagi meringankan lagi beban di bahunya. Sudah acap kali bapanya, Tengku Jeffri bertanyakan tentang pembantu peribadi bila mendapat tahu pewaris tunggalnya itu sering pulang lewat malam dari pejabat, tetapi tidak diendahkan Tengku Johan atau nama pendeknya TJ. Baginya tiada pembantu peribadi bukan masalah besar. Sudah dua tahun dia membantu bapanya tanpa bantuan sesiapa.

Umurnya yang kian menginjak dewasa membuatkan dia menumpukan lebih perhatian pada kerjanya. Tapi sejak cawangan baru dibuka di Sheffield, Utara England membuatkan dia tidak menang tangan.

“Steve, can you please give me short listed of candidates? submit to me before lunch.” Arah TJ pada Human Resources department staff melalui interkom.
“Ok.” Jawan Steve pendek.

Selepas makan tengah hari dia terus masuk ke pejabatnya semula. Banyak perkara yang bermain di mindanya. TJ terkenal sebagai bos yang tegas di kalangan staffnya. Dia yang merupakan seorang pendiam dan jarang keluar bersosial. Diari hidupnya dipenuhi dengan kerja-kerja rutin yang dianggap lebih berfaedah. Berhibur bukanlah hobinya.

“Suzie McCarthy, Mary Ann Joshua, Leone Maxwell, Elizabeth Sheen, Lisa Elyana Haslam.....“ Matanya tertumpu di situ agak lama. Ditenung gambar ukuran passport di penjuru kanan borang. Bertudung.
“Lisa Elyana Haslam... lepasan Queensland University of Technology.” Nama itu disebut berulang-ulang. Dalam hati kecilnya tertarik dengan nama Lisa Elyana Haslam. Bunyi macam orang Malaysia, raub wajah pun ala Asian.

“Please contact her and tell her interview session will be held at 1000 am.” Beritahu TJ kepada Steve sambil menghulurkan borang permohonan yang dipilih.

Ibu pejabatnya yang terletak di hadapan pantai selat Inggeris yang terbentang luas, Folkestone bertambah lengang menjelang petang. Hari Isnin biasanya dia akan pulang awal, menghabiskan saki baki waktu petangnya di gim. Baginya senaman penting untuk kekal cergas, walaupun setengah jam cuma.


*****

Lisa memandang kosong almari bajunya sambil berbaring dikatilnya, dia kebuntuan memikirkan apa baju yang sesuai dipakai untuk interview esok. Panggilan mengejut dari TJ’s Trend Sdn Bhd membuatkan dia kesuntukan masa untuk menyediakan apa yang perlu. Niat hatinya untuk balik ke Malaysia minggu depan terpaksa dibatalkan.

Semua perkara asas untuk interview telah dikemaskinikan, cuma tinggal baju yang sesuai untuk dipakai. Tanpa disedari, Lisa perlahan-lahan terlelap dibuai mimpi yang indah.

Jam menunjukkan pukul 09:15 pagi. Lisa membuka matanya dengan berat. Dia yang masih mamai membetulkan bantalnya. Enak melayan mimpi bila datang bulan. Tidak payah bangun awal pagi untuk solat subuh. Kerja penganggur memang senang, makan tidur makan tidur. Tinggal dengan ibu saudaranya lebih mesra dipanggil Auntie Mas yang sporting dan juga gila-gila, membuatkan Lisa pun jadi remaja yang happening.

“Aku macam ada lupa sesuatu la... hari ni hari apa erk??..” dia memandang kalendar di atas meja.

“Hurmm.. hari selasa .. apa yang aku biasa buat?” Dia bermonolog sendirian dan terpandang fail resumenya.

“Alamak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Interview!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” Dia bangun terkapai-kapi mencapai tuala dan meluru ke bilik air. Gedebuk gedebak bunyinya. Tidak sampai lima minit dia keluar dengan basah kuyup sambil berkemban. Kulitnya yang putih gebu boleh meruntum hati sesiapa sahaja yang melihat.

“Baju pulak aku tak prepare, habis la.”

Dia terus mencapai kemeja long sleeve berwarna biru muda dan seluar panjang hitam, tudung yang disimpul ala wardina. Disembur sedikit perfume chanel sambil bergegas keluar dengan failnya.

Dia mencapai kunci kereta Auntie Mas dia atas meja kecil terletak di sebelah sofa tamu sambil menjerit.

“Auntie!!! Lisa dah lewat for interview, pinjam kereta jap!” Belum pun sempat Auntie menjawab, Lisa sudah hilang dari pandangan.

“Isk budak ni, kejap ada kejap hilang pulak.” Rungutnya sambil masuk semula ke dapur.


*****

Sudah pukul 09:55 pagi, Lisa tiba bangunan yang dicari. Dia menarik nafas dalam-dalam dan menghembus perlahan-lahan.

Sampai tingkat 5 dia, tertera TJ’s Trend Sdn Bhd, tanpa berlengah di menuju ke arah penyambut tetamu dengan senyuman meleret. Belum pun sempat Lisa membuka mulut, penyambut tetamu yang tinggi lampai itu menyapa.

“ How can I help you miss?”
“My name is Lisa Elyana Haslam, I come for interview.” Jawabnya pendek.
“Ok, follow me.” Jawab penyambut tetamu itu sambil menuju ke bilik Managing Director.
“ Please miss, Mr Tengku Johan is waiting for you”.
“Thanks.” Ringkas Lisa menjawab.

Dengan berdebar-debar, Lisa mengetuk pintu bilik Managing Director.

“Come in.” Jawab TJ sambil mengerling jam di tangannya.
“Have a seat.” Pelawa TJ kepada Lisa yang masih berdiri. Tiada senyuman dari TJ membuat Lisa kecut perut.

“ So where we can start Miss Lisa?” Soal TJ sambil memandang tepat ke mata Lisa.
Lisa tiba-tiba kelu. Dia menghulur fail resumenye.
“ I do’t want to make this interview as a long session, you from Malaysia, am I right?” tanye TJ sambil merenung Lisa di depannya

“Yes.” Jawabnya pendek. Tiada kata-kata lain lagi yang kedengaran.
“Jadi pernah makan sambal belacan la?” Tanye TJ berseloroh walaupun tiada senyuman terukir di wajahnya
“ Muka Lisa merah menahan gelak.” Tapi bila dilihat TJ yang serius, kelucuan itu lenyap.
“Ermm tak pernah, saya alahan.” Jawab Lisa jujur.

“Just easy task for you here, I am not to follow the actual interview procedure, because you are from Malaysia, I would like to give you an opportunity. Saya tidak suka dengar anak Melayu kita yang banyak jadi penganggur. Awak tinggal di mana sekarang?” Tanya TJ sambil membelek-belek fail.

“Rumah ibu saudara, dekat Cornection Garden.” Jawab Lisa sambil melirik mata TJ yang menawan tu. Dalam hati dia mengakui, lelaki di depannya itu cukup manis. Rambut yang ikal disikat kemas walaupun dia tidak pernah nampak senyuman terukir di bibirnya.

“Mulai hari ini saya melantik awak sebagai personal assistant saya dan boleh mula kerja esok.”. Beritahu TJ sambil menyerahkan kembali fail Lisa.

“ Thank you so much!!” Balas Lisa dengan hati yang berbunga-bunga dan senyuman yang penuh makna.

Hari pertama bekerja, cukup membosankan bagi Lisa. Dia disuruh untuk mengemas fail- fail yang berselerak di dalam stor kecil di sebelah bilik TJ. Setelah semuanya berada dalam keadaan teratur, dia duduk di atas kotak fail melepas penat dari pagi sampai tengah hari. Dia duduk menyandar dengan lega.
“Bestnya kalau dapat tidur ni.” Matanya sedikit layu melayan aircond yang nyaman. Tanpa disedari TJ berdiri dihadapannya.

“Ehemm hem..” TJ berdehem.
Macam orang sawan Lisa berdiri depan bos barunya sambil tersengih-sengih.

“Dah siap?” Tanye TJ sambil memantau keadaan stor yang siap kemas tersusun.
“Sudah.” Jawab Lisa gugup. Takut dimarahi bosnya. Dia terkantoi pada hari pertama. Hatinya berdebar-debar menunggu apa yang akan keluar dari mulut bosnya.
“Ok, good. I bought you a special kebab for lunch. Makanlah dulu, bilik sembahyang ada kat belakang.” Pelawa TJ sambil masuk semula ke biliknya.

Lisa lega, dalam hatinya memuji bos barunya yang muka je nampak garang, tapi hati baik. Tetapi malu pula untuk mengaku dengan TJ dia sedang uzur.


*****

No comments:

Post a Comment