Saturday, August 28, 2010

Hujan Cinta 2

Hari – hari yang dilalui di TJ’s Trend cukup membuatkan hidup Lisa padat dengan rutin harian. Dia sangkakan kerja sebagai PA senang, andaiannya meleset, dia kena peka dengan apa yang dilakukan oleh bosnya. Tapi dia mengakui TJ adalah seorang bos yang prihatin, selama dia berkerja acap kali Lisa melakukan kesilapan, tetapi TJ tidak terus memarahinya, malahan dia dibimbing dengan cara bekerja yang profesional. Walaupun dia tegas, tetapi dia memahami situasi. Dipendekkan cerita TJ bos yang tegas tapi bertempat. Setiap kali itulah, Lisa merasakan kasih terhadap bosnya itu. Walaupun baru dua bulan bekerja, tetapi tiap kali TJ outstation, dia pun confius kenapa terbit rasa itu? Rasa rindu. Rasa yang dirasakan begitu indah, terutama bila TJ mempelawa untuk menghantar dia balik setiap kali ada promosi TJ’s Trend sampai lewat malam. Adakah dia pun merindui aku seperti aku merinduinya. Acap kali soalan itu ditinggalkan di dalam mindanya tanpa jawapan.

TJ membelek-belek fail stok bulanan, dia tersenyum. Makin bagus Lisa ni, selain cekap ambil note, pandai juga jaga stok. Dia memusingkan kerusinya memandang laut yang terbentang luas di hadapan bangunan pejabatnya. Dua tiga bulan kebelakangan ini dia merasakan hidupnya terurus. Dadanya terasa lapang. Bagus juga ada PA ni, boleh membantunya dalam banyak perkara. Perlahan – lahan dia terlelap dia atas kerusi besar managing director sambil menyandar menghadap keindahan selat inggeris.



Lisa mengetuk pintu dan terus menyapa.
“Good evening boss.” Lama Lisa menunggu jawapan, tapi hampa, TJ tidak menjawab sapaannya.
“Good evening boss!!!” Sapa Lisa sekali lagi dengan nada yang lebih kuat. Tapi TJ masih tidak menjawab.
“Are you OK boss?” Tanya Lisa hairan. Dia menapak mengiring ke arah TJ yang menghadap arah bertentangan.
“Patut pun, bos tidur rupanya.”
Dia meletakkan fail laporan mingguan di atas meja TJ dah terus keluar. Lucu dia mengingatkan bosnya yang tertidur atas kerusi. Letih betul dia agaknya.
Jam sudah menginjak ke pukul 4:05 minit petang, Lisa berkemas untuk pulang, tapi dia hairan, tidak ternampak kelibat TJ keluar dari bilik.
“Takkan tidur lagi kot.” Perlahan – lahan dia bangun menolak daun pintu, kerusinya masih tidak berubah, menghadap laut macam tadi.
“Bos......” Sapa Lisa teragak- agak. Dia memberanikan diri menggerakkan kerusi TJ perlahan – lahan.
“Bos, dah petang ni, tak nak balik lagi ker?” Lisa hairan, TJ masih lagi kaku. Dia mengoncangkan kerusi makin kuat. Bermacam –macam perkara buruk terbayang di kepalanya.
Sekelip mata TJ terjaga dari mimpi, dia terkejut melihat Lisa berdiri disebelahnya. Dia menggosok – gosok mata. Sempat lagi dia control macho, berlagak macam tiada apa – apa yang berlaku.
“ Tak sedar hari dah petang.” TJ berpura – pura selamba, walaupun mukanya merah menahan malu. Lisa tersenyum kambing.
“Ok lah bos, saya dah nak balik, ingatkan bos ada penyakit misteri, dikejut-kejut tapi tak bangun.” Gelak Lisa sambil berlalu.
Selepas Lisa berlalu, TJ tergelak kecil.
“Adui terkantoi pula aku dengan minah ni.” Rungut TJ sambil berkemas.

Sampai tingkat bawah, Lisa meraba – raba begnya mencari handphone.
“Mana pulak perginya, adui tertinggal pulak” Rungutnya sambil menekan butang lif ke tingkat atas.
Sampai tingkat 5, apabila pintu lif terbuka dia terus meluru keluar, tidak semena – mena dia melanggar sesuatu, beg dengan failnya berselerak di atas lantai.

“Are you OK?” Tegur TJ.
“Adui bos, sorry tak nampak tadi” Lisa tersipu-sipu, rupanya TJ yang dilanggarnya. Dia mengutip fail sambil dibantu TJ. Sempat TJ menjeling muka Lisa yang bertukar merah.
“Tertinggal handphone, ni nak pergi ambil balik.” Beritahu Lisa teragak – agak.
“Balik dengan apa?” Soal TJ. Kalau nasib baik boleh dia hantar Lisa balik. Sejak akhir-akhir ini dia mencari peluang untuk meluangkan masa dengan PA barunya. TJ rasa selesa berbual dengan Lisa. Memang wujud keserasian antara mereka.
“Ermm dengan kawan.” Jawab Lisa.
“OK, saya balik dulu.” Bagitahu TJ.
“OK.” Jawab Lisa pendek.
Sampai balik di tingkat bawah, hujan turun selebat-lebatnya, hari makin gelap. Dalam hatinya ada sedikit kekesalan sebab berbohong ‘sunat’ pada TJ tadi. Sebenarnya sepanjang dia berkerja d TJ’s Trend, Lisa tidak pernah mempunyai kawan rapat yang boleh diharap ketika kesusahan. Tapi disebabkan gugup selepas melanggar TJ di depan lif tadi, dia malu untuk bersemuka dengan TJ, lalu dia memberi alasan balik dengan kawan. Setelah 15 minit menunggu tetapi tiada kelibat teksi pun yang lalu. Biasanya lepas pukul 4:00 petang banyak teksi yang lalu lalang. Hujan tidak menunjukkan tanda – tanda untuk berhenti.

TJ yang berada di tempat parking memerhati Lisa dari jauh. Dia sebenarnya ingin tahu siapa kawan Lisa yang akan menjemputnya. Entah mengapa tiba-tiba hati dan jiwanya dilanda cemburu. Selepas setengah jam menunggu, tiada pula kelibat kawan yang Lisa cakapkan tadi. Dari jauh dia melihat Lisa memeluk tubuh kesejukkan.
“Kesian pula tengok Lisa ni.” Sambil dia menghidupkan enjin BMW Z3 kepunyaannya lalu menghampiri Lisa.
Lisa terkedu melihat kereta TJ menghampirinya. Perasaannya bercampur baur, gembira, takut, malu. Bagaimana mahu dijelaskan sebetulnya, jika TJ bertanya pasal kawannya. Serentak itu, perasaan geram pun ada, dia dapat rasakan yang TJ mengintipnya dari tadi.

TJ keluar dari kereta dengan payung biru cerah. Dia menghampiri Lisa yang kesejukkan. Lisa gugup bila TJ menghampirinya. Malu dia pada bosnya tuhan saja yang tahu.
“Mana kawan Lisa, dah lewat ni?” Tanya TJ menduga.
“ Ermm... sebenarnya... macam mana yer nak bagitahu?”
“Kawan.. kawan..“ Lisa tergagap – gagap.
“Sebenarnya tiada kawan .” Dia menunduk malu, merenung lantai yang basah. Itu sahaja jawapan yang diberikan.
TJ tersenyum faham.
“Lisa malu dengan saya ke?” Duga TJ. Dia suka melihat Lisa tergagap – gagap.
“Takde la.” Dia masih menunduk merenung lantai, walaupun dalam hatinya taufan sedang melanda.
“Saya tak mahu menyusahkan bos.” Pandai Lisa mencari alasan menutup perasaan malunya.
“Tengok sekarang siapa yang dalam kesejukkan?” Soal TJ memancing jawapan sebenar dari Lisa. Sambil menanggalkan jaketnya dan membaluti Lisa yang menggigil kesejukkan.
Lisa bagai melayang-layang di awangan. Perfume TJ menyucuk hidungnya.
“Tapi bos, nanti bos pula yang sejuk.” Dia kurang selesa apabila TJ melakukan sedemikian. Lisa merasakan dirinya kerdil sekali.
“ Jom masuk kereta, nanti makin sejuk.” Pelawa TJ sambil menarik lembut lengan Lisa yang beralaskan jaket kesayangannya. Lisa menurut dalam terpaksa. Dia malu dengan TJ tetapi tidak berdaya menolak.
TJ membukakan pintu keretanya untuk Lisa. Dalam hati Lisa merasakan dia di layan macam Tuan Puteri oleh TJ.
“Memang TJ betul – betul gentleman. Bukan ke bertuah badan aku kalau dia di takdirkan menjadi teman sehidup semati. Tapi mana mungkin, TJ bos, aku ni orang suruhannya saja. So Lisa berhenti berangan.” Lisa bermonolog sendirian.

“Saya tak makan lagi, nanti kita berhenti makan dulu ok.” Pelawa TJ selepas 5 minit mereka berdiam diri.
“Ok.” Jawab Lisa pendek.
“Boyfriend awak marah tak awak temankan saya makan ni?” Soal TJ menduga. Jauh di sudut hatinya, TJ amat berharap yang Lisa masih belum berpunya.
“Bos, tiada lelaki yang nak pandang saya ni, apatah lagi nak buat girlfriend.” Jawab Lisa jujur. Entah mengapa hatinya berbunga-bunga. Nalurinya kuat merasakan yang TJ hanya menduga.
“Alhamdullilah.” Jawab TJ spontan. Dia pun tidak menyedari perkataan itu terlucut keluar dari mulutnya.
Lisa memandang tepat ke muka TJ. Dia tahu TJ berpura – pura serius.
“Bos suka ye staff bos jadi andalusia?” Soal Lisa dengan nada merajuk.
“Andalusia tu apa pulak?” Soal TJ hairan.
“Anak Dara Lanjut Usia la bos.” Beritahu Lisa dengan berseloroh
Serentak itu TJ tergelak besar.
“Kelakarlah awak ni, bukannya saya suka staff saya jadi Andalusia, awak tak perlu bimbang, Allah dah menetapkan jodoh masing-masing sejak kita dalam kandungan lagi. So, you dont have to worry about your future husband. Semua sudah tertulis.” Terang TJ panjang lebar.
Lisa merenung kata – kata TJ. Baru hari ni, dia mengenali sikap sebenar bosnya. Romantik, bijak, caring dan boleh dikategorikan sebagai peramah. Ramuan cukup untuk calon suami.

Selesai makan TJ menghantar Lisa terus ke rumah ibu saudaranya.
“Gelap je rumah mak cik awak ni, tiada orang ker?”
“Auntie ada dinner malam ni, dia mungkin lewat.” Jawab Lisa.
“OK, nanti jangan lupa kunci pintu.” Pesan TJ sambil melirik Lisa yang baru keluar dari kereta.
“OK, thank you.” Jawab Lisa sambil tersenyum.


No comments:

Post a Comment